Saturday, February 12, 2011

aku,saya,kita.


 aku..saya.. merupakan kata ganti nama diri pertama... bagi aku... penggunaan perkataan 'aku' akan digunakan dengan orang yang rapat seperti bestfriends kerana lebih dekat di hati... untuk orang yang lebih tua usually aku akan menggunakan 'saya' atau dengan menyebut nama panggilan sendiri.. selalunya perkataan 'saya' tuh.. aku akan guna apabila berkomunikasi dengan orang-orang tertentu seperti cikgu ataupun orang yang baru kenal... untuk penggunaan panggilan nama sendiri plak aku guna bila cakap ngan parents, siblings,mak sdare n pak sdare n cousins.. sebab kalo guna 'menyebut nama panggilan sendiri' dengan orang-orang tertentu.. macam gedik atau kata kasar nya mengada-ngada plak..hahaha.. i'm not that type of person.. dulu aku pernah try gunakan saya dgn berblogging.. tapi hakikatnya..aku rasakan macam aku nih hipokrit sangat..dekat luar aku guna 'aku' bila communicate with friends.. tapi bila blogging guna 'saya' plak..very uncomfortable.macam hipokrit rasanya...itu pendapat aku tentang aku laa ekk... 

lagi satu fenomena pada masa kini plak ekk,, adalah penggunaan 'kita' sebagai kata ganti nama diri pertama.. sampai aku pun dah terikut-ikut gak.. kalau menggunakan 'kita'.. seolah-olah menggambarkan siapa diri kita.. kebanyakan orang yang menggunakan 'kita' adalah terdiri daripada mereka yang lemah lembut,, pura-pura lemah lembut,,atau dia cuba untuk lemah lembut tapi tak mencapai tahap lemah lembut tersebut.. heehhe.. panjang kan?? haha.. agak2 korang yang mana?? hehe.. sejujurnya aku cakap aku yang kedua dan ketiga tuh.. ahah.. lebih kurang macam hipokrit gak laa...tapi biasanya aku menggunakan perkataan 'kita' bila berdepan dengan orang yang memulakan 'kita' itu je..tapi.. bila dah terbiasa..  aku pun cakap 'kita'...
in conclusion... penggunaan kata ganti nama diri pertama sangat penting dalam kehidupan kita.. dan juga menggambarkan siapa diri kita yang sebenarnya.. oleh itu.. gunakanlah sebaik-baiknya.. cewahh macamiklan air plak..


p/s: aku tetap aku.. macam lagu plak dahh..entry nih utk aku,,dan anda :)

senyum..tak perlu kata apa-apa.. :)

2 comments:

Nak Komen??

Words

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..

For Your Entertainment..