Wednesday, August 25, 2010

holalalallalalalaa...

okey2..
x reti la nak cte lg kat sini,,
padahal mcm2 nk cte nih..
bg mse dlm 1 hari lagi..
pas tuh nk cte mcm2 kat sni..
huhuhu
bye!

Thursday, August 12, 2010

salam ramadhan...:)


assalamualaikum!
hari nie dh 2 ramadhan.. macam mana puasa anda?? sempurna??
tidak terlambat lagi untuk ucapkan SALAM RAMADHAN kpd anda yang sudi singgah di blog kuyang tak seberapa ini..
just nak storyy sket..
baru je balik dari masjid buat solat tarawih,,
apabila aku dengar je imam membacakan al-fatihah... jiwa ku rse sangat tenang..
setenang air di laut..
rasa macam damai..
mungkin sakinah(ketenangan) yang aku cari hampir tiba disaat aku berhempas pulas untuk mencapai target aku dalam SPM..
INSYAALLAH.. janjiku kpd diriku sendiri untuk memberikan sesuatu yang bisa membuatkan kedua ibu bapaku dan adik beradik ku berbangga kerana mempunyai diriku!
AMIN!

P/S: semoga ramadhan kali ini merupakan ramadhan yang sempurna buat kita semua!

Monday, August 9, 2010

sesungguhnya..


assalamualaikum..

last week sekolah ada buat program untuk pelajar islam..

seriously speaking... aku rasa sangat temamg mengikuti program tuh!

tenang sangat!

membuatkan aku terasa.. kerdilnya aku di dunia ni..

banyak juga dosa-dosa kecil yang aku lakukan..

memberi keinsafan...

Aku berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah aku lakukan sebelum ini..

untuk kejayaan aku...

aku...

aku ingin berubah..

ya! berubah ke sesuatu yang lebih baik..

aku tidak akan mengulangi kesilapan lama..


YA ALLAH AKU MEMOHON KEREDHAAN DARI MU..

PERMUDAHKANLAH PERJALANAN HIDUPKU DAN TABAHKANLAH HATIKU MENEMPUHI SEGALA DUGAAN DAN CABARAN DALAM HIDUP KU INI..

TETAPKANLAH KEIMANANKU ..YA ALLAH!

just to remember..:)


Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu
.

Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati
.

Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.


Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.


Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.


Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.


Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.


Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.


Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.




copy from iluvislam.com

Tuesday, August 3, 2010

i'm back!


hahahahahahahhaha...
nak tulis.. tapi tak taw nak tulis pe..
maybe pnat 2 hujung minggu yg penuh dgn camp x habis2 lg kot.. huhu..
but..
this friday....
i'll reveal all the things!!
that makes me happy.. sorrow and crazy..
wakakaaka....
tata!!

p/s: gmba di atas tidak membawa ape2 maksud ye!

Words

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..

For Your Entertainment..